Acer Malaysia melancarkan Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5, dikuasakan oleh Intel Core generasi ke-12!

Acer Malaysia mengumumkan pelancaran Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5 yang dikemaskini, dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Generasi ke-12.

Pada pelancaran kali ini, Acer turut melancarkan komputer gaming desktop, monitor gaming dan projektor LED gaming.

Pengarah Urusan Pengguna dan Produk Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet, menyatakan bahawa selepas dua tahun berehat, mereka teruja untuk melakukan pelancaran dan pameran kepada peranti terbaru mereka.

“Selepas dua tahun berehat, kami teruja menghidupkan semula pameran untuk menunjukkan cip pemprosesan terbaharu Intel Core Generasi ke-12 bagi komputer desktop dan komputer riba Acer dan Predator.

“Kami juga berjaya membawa monitor baharu bersaiz antara 34 hingga 42.5 inci, dan projektor gaming yang membolehkan visual 300 inci pada resolusi 4k atau 240Hz, kadar segar semula laju dalam pengalaman gaming FHD.

“Pada masa yang sama, kami menawarkan promosi menarik kepada pelanggan serta aktiviti-aktiviti dan pemberian hadiah percuma. Jualan kilat yang bakal diadakan pada hujung minggu ini, 2 – 3 Julai 2022 akan memaparkan barangan berharga kurang dari RM50 dan serendah RM1,” katanya.

Predator Helios 300

Diperbaharui dengan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-12 dan digabungkan dengan kad grafik NVIDIA GeFroce RTX3080 yang menyokong Maximum Graphics Power (MGP) tinggi sehingga 150W, Predator Helios 300 yang popular itu, siap dilengkapi untuk pengalaman gaming yang lebih hebat.

Rekaan chassis yang lebih kemas serta bar lampu yang nipis di bawah palm rest menjadikan komputer riba ini lebih menarik.

Acer Nitro 5

Dengan chassis yang dinaiktaraf, Acer Nitro 5 ada segalanya yang diperlukan bagi seorang gamer untuk bermain permainan-permainan video baharu.

Dikuasakan oleh Intel Core i7 Generasi ke-12 dan NVIDIA GeForce RTX 3070Ti, Acer Nitro 5 dilengkapi dengan 32 GB DDR4 RAM dan 1TB SSD dengan tambahan slot 2.5” SATA, membolehkan gamer menggunakan beberapa aplikasi dalam satu masa yang sama.

Untuk maklumat lanjut, anda semua bole melayari laman sesawang rasmi Facebook Predator Gaming Malaysia.

RELATED NEWS

+