Acer Malaysia memperkenalkan siri Predator Helios 16 & 18 dan Nitro 50 baharu

Acer Malaysia hari ini mengumumkan kemaskini bagi siri produk mereka iaitu Predator dan Nitro baharu. Antaranya adalah Predator Helios dan Helios Neo di samping siri komputer desktop Acer Nitro 50 dengan cip pemprosesan Intel 14 yang sesuai untuk gamers.

Siri Predator Helios

Predator Helios direka untuk pengguna yang inginkan komputer riba berprestasi tinggi. Predator Helios 18 dan 16 kini dilengkapi cip pemprosesan Intel Core i9 generasi ke-14 dan RTX 4090.

Ia membolehkan kuasa maksimum dicapai sehingga 330W (CPU+GPU). Ia menggunakan rekaan NVIDIA ADA Lovelave yang cekap untuk menyediakan prestasi luar biasa dan grafik diperbaik oleh AI dengan kemampuan Ray Tracing dari DLSS 3.5.

Masing-masing hadir dengan paparan WQXGA (16:10). Spesifikasi tertinggi setiap model dilengkapi dengan panel mini LED dengan kadar segar semula sehingga 250 HZ dan menyokong keterangan sehingga 1,000 nits. Model lain pula hadir dengan kadar segar semula 240Hz dan keterangan 500 nits.

Semua model Predator Helios 16 dan 18 menyokong 100% gamut warna DCI-P3.

Ia menggunakan MagKey 3.0 untuk kekunci WASD yang bukan saja terlihat cantik tapi juga penting untuk sentuhan tepat serta dengan dua set kekunci tambahan untuk customization anda.

MagClick pula mengandalkan suis mekanikal boleh tukar yang dipatenkan bagi menawarkan perasaan mekanikal dan MagSpeed menggabungkan gaya meter laju dengan cahaya LED di bawahnya, menyumbang kepada kesan visual yang menawan.

Sementara itu, Sistem Penyejukan Predator yang menampilkan dua kipas AeroBlade generasi ke-5 dan dipertingkatkan dengan gris haba cecair logam di atas cip pemproses, di samping paip haba
vektor membantu mengekalkan prestasi yang tertinggi.

Sebagai tambahan, setiap komputer riba dilengkapi dengan penyambungan yang terkini termasuk Wi-Fi 7 yang menawarkan kecepatan rangkaian yang stabil dan tangkas, dua palam USB C Thunderbolt™ 4 yang serba guna dan pembaca kad MicroSD™, menambah kemudahan kepada pengalaman pengguna.

Tersedia dengan segera dari Acer eStore, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual-penjual rasmi Acer di seluruh negara, Predator Helios dan Helios 16 baharu masing-masing
dijual dengan harga bermula dari RM13,999 dan RM10,999.

Predator Helios Neo 16

Predator Helios Neo 16 yang lebih berpatutan sekarang dikemaskinikan dengan cip pemproses Intel Core i7 generasi ke-14 dengan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070. Dengan kuasa maksimum keseluruhan hingga 300W (CPU + GPU), Helios Neo ditujukan untuk para penggemar gamer kasual dan di tahap kemasukan dan menawarkan kelebihan di luar permainan dan penciptaan untuk para pengguna.

Sebagai penambahan prestasi, komputer riba ini boleh dilengkapi dengan RAM DDR5 5600 MHz16GB yang boleh di naik taraf sehingga 64GB dan sehingga 1TB SSD PCIe Gen 4. Gabungan
teknologi kipas AeroBlade 3D generasi ke-5, gris haba cecair logam di atas cip pemproses, dan paip haba vektor untuk pemindahan haba yang cekap memastikan prestasi tertinggi komputer riba ini boleh dikekalkan selama jangka penggunaan.

Dari segi penyambungan, ia mempunyai dua palam USB C dengan Thunderbolt 4, satu palam HDMI 2.1 dan pembaca kad MicroSD.

Ia kini dijual di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta penjual rasmi Acer di seluruh negara. Predator Helios Neo 16 dijual dengan harga bermula dari RM6,399.

Komputer Gaming Desktop Acer Nitro 50

Bagi para gamer dan pengguna yang menginginkan prestasi tinggi yang mencari komputer gaming desktop terkini yang terbaik, Acer memperkenalkan Nitro 50 yang dikemaskinikan dengan
cip pemproses Intel Core i5-14400F generasi ke-14 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 dalam casisnya yang berukuran 18 liter.

Lengkap dengan RAM DDR5 8GB dan SSD PCIe M.2 2280 512GB, Nitro 50 ini juga datang dengan slot tambahan untuk kemudahan naik taraf di masa hadapan. Aplikasi Acer Nitro Sense membantu mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan membolehkan pemantauan dan peningkatan prestasi peranti ini.

Tersedia dengan segera dari Acer eStore, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada dan penjual-penjual rasmi Acer di seluruh negara, Nitro 50 baharu dijual dengan harga bermula dari RM4,399.

Sempena kedatangan peranti-peranti gaming yang dilengkapi cip pemproses Intel Core Generasi ke-14, Acer Malaysia menawar potongan harga sehingga RM1,000 di Acer eStore, kedai rasmi di
dalam Shopee dan Lazada dan kedai konsep Acer sehingga tarikh 7 Mac 2024.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia

TAGS

RELATED NEWS

+