Infinix anjur Xfans Road Tour dengan pertandingan MLBB

Infinix mengumumkan XFans Road Tour yang akan berlangsung di serata semenanjung Malaysia.

Inisiatif ini adalah hasil komitmen untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara komuniti XFans bersama-sama pelancaran siri NOTE 40.

 

Xfans Road Tour ini akan bermula pada 27 April di Lazy Monday Cafe, Johor Bahru untuk bahagian selatan, 1 Jun ini di LalaLand Cafe, Ipoh untuk bahagian Utara.

Jelajah ini menjanjikan pengalaman terbaik untuk kesemua komuniti yang ada.

Terdapat juga banyak booth activation seperti Kotak Misteri dan Kotak Ilusi dimana anda berpeluang untuk memenangi barang-barang Infinix.

Tambahan lagi, acara ini akan membawa 400 hadiah untuk dimenangi yang bernilai RM20,000 termasuk telefon Infinix SMART 8 Pro, HOT 20 dan  XE 22 True Wireless Eearphones baharu.

Pertandingan MLBB juga akan diadakan dengan 16 pasukan untuk setiap lokasi dengan hadiah wang tunai RM1,200 untuk dimenangi.

Untuk mendaftar anda hanya perlu mengikut langkah-langkah ini.

1. Ikuti laman rasmi Infinix Malaysia di Facebook

2. Like, share dan komen “Game on! [masukkan lokasi]” dan juga tag rakan pasukan anda di pos pengambilan.

3. Isi Google Form yang diberi untuk melengkapkan pendaftaran.

4. Pasukan terpilih akan dihubungi secara langsung.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Infinix.

RELATED NEWS

+