menjadi hos di pusingan kelayakan Amerika Utara bagi kejohanan dunia, Mobile Legends M3."> menjadi hos di pusingan kelayakan Amerika Utara bagi kejohanan dunia, Mobile Legends M3." /> menjadi hos di pusingan kelayakan Amerika Utara bagi kejohanan dunia, Mobile Legends M3." />

AI ini menjadikan Hero Dota 2 kelihatan realistik

Peminat Dota 2 pasti mengenali nama SirActionSlacks. Baru-baru ini, SirActionSlacks menjadi hos di pusingan kelayakan Amerika Utara bagi kejohanan dunia, Mobile Legends M3.

Beliau menggunakan sejenis AI yang menukarkan wajah-wajah digital watak Dota 2 dengan menambahkan ciri-ciri realistik yang menjadikan watak Dota 2 itu kelihatan realistik. Bagi sesetengah Hero, muka versi realistiknya amat meyakinkan. Namun, bagi Hero lain, lebih-lebih lagi yang bermuka menyeramkan, akan memberikan hasil yang amat lucu.

Cuba lihat video beliau di bawah:

Antara hero yang muncul dengan berjaya adalah Anti-Mage, Windranger, dan Omniknight.  

Anti-Mage ini kelihatan sedikit iras Gal Gadot. 

Namun, ada beberapa Hero yang tiada muka bercirikan manusia, dan inilah hasil pengiraan AI itu.

SirActionSlacks suah lama tidak aktif di salurannya selama empat hingga lima bulan yang lepas, dan video AI ini adalah yang pertama sejak bulan Mei 2021.

RELATED NEWS

+