XQc menjawab debat Dota 2 lawan League of Legends

XQc baru-baru ini menjawab pendapatnya mengenai perlawanan saingan Dota 2 dan League of Legends.

Dia mengatakan Dota 2 mempunyai lebih banyak jiwa berbanding League of Legends.

Kenyataan ini dibuat ketika penstriman xQc bermain Dota 2.

“Permainan ini mempunyai jiwa. Walaupun saya minat Riot Games tetapi permainan video mereka tiada jiwa.”

XQc menambah permainan video Riot hanya wujud dan kurang kredibiliti.

Ini bukan pertama kali xQc menunjukkan minat dia terhadap MOBA Valve ini.

Dota 2 sekarang mempunyai masalah review dan pemain yang main berkurang walaupun selepas kemas kini besar baru dikeluarkan.

Mungkin personaliti dari xQc dapat menarik orang ramai untuk mencuba Dota 2.

League of Legends juga lebih berjaya dari segi pemasaran mereka berbanding Dota 2.

TAGS

RELATED NEWS

+