PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

Alucard LinkEzaa tiada ubat, tumbangkan juara musim ketujuh, RSG 2-0

PERLAWANAN PERTAMA

Mom mengalami kesukaran untuk mencari backline dari pasukan Orange, ini kerana Orange mempunyai Estes di dalam pasukan. Setiap kali pertarungan berlaku, Estes mudah menaikkan HP setiap ahli pasukannya. Namun begitu, RSG cuba meletakkan harapan mereka kepada Lolealz untuk menjadi firepower pasukan mereka. 

Ia berkesan pada awalnya selepas Lolealz berjaya mendapatkan barang core yang diperlukan tetapi LinkEzaa juga bijak mencari backline pasukan RSG dengan bantuan Estes untuk menaikkan HP apabila diperlukan. Selain itu, ditambah dengan damage dari Natan yang dimainkan oleh Mannn, RSG terpaksa akui Orange Esports terlalu kuat untuk perlawanan pertama.

MVP diberikan kepada LinkEzaa di atas kemampuan beliau menggunakan Hayabusa yang sangat pantas dan berbahaya kepada pasukan RSG.

 

PERLAWANAN KEDUA

Kedua-dua pasukan bertindak dengan agresif selepas berjaya mendapatkan buff masing-masing pada awal permainan. Orange Esports mempunyai kelebihan dengan alucard di dalam pasukan, damage LinkEzaa sangat tinggi dan RSG tidak berjaya mengawal Alucard setakat ini pada minit ke-3. 

Walaupun RSG mempunyai Angela, mereka tetap tidak boleh menahan asakan yang diberikan oleh pasukan Orange. Jurang gold yang dimiliki pada minit ke-15 terlalu jauh iaitu 10 ribu. Mom tidak mempunyai jawapan untuk Alucard yang mengganas di dalam peta dan RSG tewas pada minit ke-15.

Dengan skor 14-0, LinkEzaa sememangnya layak mendapat gelaran MVP, pasukan RSG langsung tidak mempunyai strategi untuk counter Alucard beliau sepanjang permainan, Ezaa bebas bergerak di dalam peta dan jungle untuk mencari mata kill.

 

RELATED NEWS

+