GideonQ pesan penyokong MPL MY perlu jaga adab dan kelakuan, jangan melampaui batas

Liga Profesional MLBB (MPL MY) musim ke-13 akan memasuki minggu kedua.

Sebagai salah satu pertandingan paling berprestij di Malaysia, pertandingan ini sudah pasti akan menarik ramai peminat datang menyokong pasukan kegemaran mereka.

Namun, terdapat segelintir penyokong yang tidak mengikut peraturan sehingga boleh mengganggu aliran pertandingan MPL MY.

Pertandingan yang tidak lancar akan membawa kepada banyak masalah tidak diingini.

Ini pesanan daripada GideonQ di laman TikToknya tiga hari lepas.

@gideon_q PSA to MPL MY fans! MPL is a show, its okay to love the esport but dont get hurt and dont be disrespectful to each other at the live event and to the on ground team producing the show! #mplmy #mplmys13 #mplid #mplph ♬ Last Hope (Over Slowed + Reverb) – Steve Ralph

Dia berpesan supaya penyokong tidak mengganggu pentas pertandingan dan juga hos semasa acara sedang berlangsung.

“MPL adalah satu tayangan acara, satu perkara yang baik untuk menunjukkan semangat e-sukan tetapi jangan tercedera atau tidak menghormati orang lain,” ujar GideonQ dalam videonya.

Penyokong juga dinasihatkan agak tidak mengganggu jurukamera yang ada di sana sehingga menghalang kerjanya.

“Lebih penting kami mahu semua penyokong dan peminat untuk sentiasa menjaga keselamatan,”

Gideon mengatakan semangat berada di MPL MY adalah sesuatu yang semua orang mahukan untuk menaikkan lagi suasana tetapi dengan adab dan kelakuan yang baik.

Dia juga menambah supaya penyokong supaya tidak mengganggu kerja hos iaitu Rose untuk ke atas pentas semasa MPL MY.

Tambahan lagi, penyokong juga dinasihatkan untuk tidak taunt dengan pergi menyerang pihak penyokong lawan kerana perkara tidak diingini mungkin akan berlaku.

RELATED NEWS

+