Amerika Latin buat pertama kalinya mendapat 2 slot ke M4

Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M4 akan bermula pada 1 Januari di Jakarta, Indonesia. 

16 pasukan dari seluruh dunia akan bersaing bagi mendapatkan gelaran juara serta piala Kejohanan Dunia M4.

Kini, MLBB mengumumkan negara dari Amerika Latin akan mendapatkan 2 slot buat pertama kalinya di Kejohanan Dunia M4.

Menurut wakil Moonton, keputusan ini dibuat kerana liga LATAM mempunyai ramai pemain dan mereka mempunyai kemahiran yang tinggi. Selain itu, liga LATAM kini diggantikan dengan Liga Super LATAM MLBB (MLSL).

Seperti kita maklum, Malaysia, Indonesia serta Filipina mendapat 2 slot manakala MPL lain hanya mendapat 1 slot.

Adakah pasukan dari MLSL akan memberikan saingan hebat kepada pasukan dari Asia Tenggara? Kita bakal saksikan.

 

RELATED NEWS

+