Apa itu ‘322’ dalam Dota 2? dan kenapa meme ini popular

Buat peminat dan pemain Dota 2, perkataan 322 adalah tidak asing lagi.

322 adalah meme terkenal dalam Dota 2 yang merujuk apa-apa cara permainan throwing dan match fixing.

Throwing adalah sengaja membuat sabotaj untuk kalah.

Meme ini bermula pada tahun 2013 apabila penipuan judi di antara bekas kapten Virtus Pro iaitu Solo dimana dia berjudi dengan nilai AS$ 322 untuk pasukannya sendiri.

Alexei “Solo” Berezin berjudi dengan nilai AS$ 322 untuk pasukannya sendiri iaitu RoX.KIS dan sengaja sabotaj untuk kekalahan RoX.KIS.

Terima kasih buat Solo, 322 kini sinonim dalam Dota 2 sehingga makna nombor ini menjadi cara untuk mengatakan seseorang itu sengaja membuat sabotaj untuk kalah.

Perkataan ini digunakan untuk menyoal dan mengejek pemain yang menjadikan permainan yang teruk dalam arena kompetitif samada dengan sengaja atau tidak.

What is 322 in Dota 2? Solo’s Most Notorious Moment.

Sejarah 322 dalam Dota 2 – Kesilapan paling besar Solo

Semuanya bermula pada 16 Jun 2013 di mana Solo diharamkan selama-lamanya dari StarLadder StarSeries Musim 6 kerana judi bernilai AS$ 322 sebelum berlawan dengan zRage.

Ketika perlawanan bermula, Solo terlalu menampakkan yang dia seolah-olah ingin kalah dengan prestasi teruk dan buat beberapa keputusan dalam permainan yang membuatkan ramai hairan.

Dia kemudiannya dibuang dari Rox.KIS.

Solo kini mengakui kesalahannya dan nasib baik buat Solo, dia hanya diharamkan selama setahun sahaja.

Selepas itu, 322 digunakan untuk apa-apa sahaja match fixing seperti yang pernah dilakukan oleh pasukan Malaysia dahulu iaitu Arrow Gaming.

RELATED NEWS

+