Mushi jadi jurulatih sementara Blacklist International

Chai Yee Fung atau Mushi kini sah menjadi jurulatih sementara (interim) bagi pasukan Blacklist International yang akan bertarung di kejohanan berprestij Dota 2, ESL One Kuala Lumpur 2023 pada Disember ini.

Pengumuman itu dibuat dalam satu hantaran di Facebook, mengatakan Mushi akan membantu pasukan ini bermain di kejohanan itu.

ESL One Kuala Lumpur 2023 akan bermula pada 11 Disember hingga 17 Disember ini. Ia mengumpulkan 12 pasukan terbaik Dota 2 yang akan bertarung merebut hadiah wang terkumpul AS$1 juta (RM4.67 juta).

Tiga pasukan jemputan iaitu Azure Ray, LGD Gaming dan Gaimin Gladiators manakala sembilan lagi pasukan berjaya ke kejohanan ini melalui pusingan kelayakan diadakan sebelum ini. Juara TI12, Team Spirit pada mulanya dijemput namun menarik diri atas faktor masalah kesihatan.

Bagi lineup talent pula, antara pengulas terbaik Dota 2 seperti Cap, ODPixel dan Synderen akan berada di panel pengulas. Sementara itu, pengulas tempatan, Winter juga dijemput.

 

RELATED NEWS

+