25 juta pemain walaupun baru dilancarkan minggu lepas tanpa pemasaran besar-besaran."> 25 juta pemain walaupun baru dilancarkan minggu lepas tanpa pemasaran besar-besaran." /> 25 juta pemain walaupun baru dilancarkan minggu lepas tanpa pemasaran besar-besaran." />

Apex Legends Berjaya Menarik Masuk Dua Kali Ganda Pemain Untuk Titanfall 2

Apex Legends bukan calang-calang game dengan catatan 25 juta pemain walaupun baru dilancarkan minggu lepas tanpa pemasaran besar-besaran.

Ramai sangat orang main permainan battle royale percuma sehingga memacu angka pemain Titanfall 2 iaitu keluaran game oleh Respawn Entertainment sebelum Apex Legends. Sekuel kepada Titanfall pertama ini dimainkan dalam perspektif first-person shooter (FPS) yang membolehkan pemain mengawal sut exoskeleton bernama Titan ala robot berkuasa tinggi dengan kebolehan unik seperti parkour dan penyamaran.

Titanfall 2

Ketika Titanfall 2 dilancarkan pada 2016, game ini ditenggelami dan seakan-akan hilang di bawah radar dengan pelancaran sekuel FPS gergasi seperti Call of Duty: Infinite Warfare dan Battlefield 1.

Pengguna di Reddit berkongsi berita gembira dengan memuatnaik gambar pemain aktif Titanfall 2 terkini di PC, PS4 dan Xbox One. Menurut pos ini, inilah catatan angka pemain paling tinggi iaitu lebih dari 10,000 sejak dari tahun lepas sekaligus ‘respawn’ keseluruhan Titanfall 2!

Buat pengetahuan korang, Apex Legends tidak menyertakan sut Titan ikonik tetapi permainan battle royale ini sebenarnya berlatarbelakangkan siri Titanfall. Bagi yang mahu mencari keseronokkan sama seperti Apex Legends, mungkin korang boleh cuba mod multiplayer dan juga single-player Titanfall 2 yang sangat gempak!

Apex Legends kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One manakala Titanfall 2 (bukan percuma) dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One juga.

Sumber: VG24/7

RELATED NEWS

+