Apex Legends memperkenalkan Gaiden dengan skin tema anime

Apex Legends kali ini membawa acara baru yang digelar Gaiden penuh dengan aksi stail anime.

Kosmetik yang ada kali ini adalah berdasarkan beberapa anime popular.

Dari One Piece ke Naruto sehingga lah Neon Genesis Evangelion.

Ada juga skin My Hero Academia yang sama macam Midoriya.

Pemain juga boleh mendapatkan hadiah percuma dan anda boleh unlock ganjaran tersebut dengan menyiapkan beberapa cabaran yang diberikan,

Acara ini juga memperkenalkan skin Prestige kedua terbaru iaitu Apex Commander untuk Bangalore yang mempunyai tiga tahap berbeza-beza.

Bukan itu sahaja acara Gaiden ini juga membawa kembali mod Armed and Dangerous iaitu mod dimana anda hanya boleh menggunakan shotgun dan sniper sahaja.

Acara Gaiden ini akan dilancarkan pada 19 Julai ini dan berakhir pada 8 Ogos depan.

RELATED NEWS

+