Apex Legends digodam oleh penggodam yang ingin ‘selamatkan’ Titanfall

[KEMASKINI] Matchmaking dikatakan sudah diperbaiki.

Sebuah kumpulan penggodam dikatakan menggodam Apex Legends berikutan kekecewaan mereka dengan penggodam dan masalah server yang dihadapi pemain di dalam Titanfall.

Dilaporkan oleh Kotaku, beberapa pemain Apex Legends di PC perasan akan kesan godaman di senarai main di dalam permainan dan notifikasi yang memaparkan keluhan mengenai situasi di Titanfall dan iklan SaveTitanfall.com, satu laman sesawang yang menyatakan EA dan Respawn – syarikat yang membangun kedua permainan tersebut tidak melaksanakan tugas melindungi Titanfall yang dilancarkan sejak 2014 itu dengan baik.

Pelawat yang melawat SaveTitanfall.com akan disapa dengan mesej yang menerangkan situasi sebenar bersama pautan-pautan bagi membantu orang ramai memahami situasi terkini.

“Titanfall adalah francais kesayangan ramai dan isu penggodam telah meningkat,” salah satu mesej yang ditulis. “Komuniti Titanfall telah merayu Respawn untuk mengatasi isu ini sudah lebih tiga tahun, tapi masih tiada apa-apa tindakan. Hari ini, permainan ini masih dijual, walaupun tidak boleh dimainkan. Ini masa kita bersuara.”

Mesej-mesej godaman di Apex Legends ini tidak dipaparkan kepada semua, dan majoriti tangkap layar dan klip godaman adalah daripada PC. Masalah terbesar pemain yang terlibat ini adalah tidak dapat menyertai senarai main di luar server yang bermasalah.

Apex Legends News di Twitter merupakan yang pertama melaporkan isu ini dan ia memaparkan tangkap layar senarai  main yang digodam.

Ini juga sorotan serangan DDOS yang dihadapi Titanfall 1 dan 2 yang menambah lagi kekecewaan pemain yang masih lagi bermain permainan ini. 

RELATED NEWS

+