Apex Legends Mobile hampir tiba di Malaysia

Respawn Entertainment, pembangun permainan battle royale Apex Legends, mengumumkan pembukaan pra-pendaftaran untuk peranti Android di beberapa negara terpilih dan Malaysia tergolong sebagai salah satu daripadanya.

Bagi yang tidak berada dalam wilayah tersenarai atau mereka yang merancang untuk bermain Apex Legends Mobile pada peranti iOS, anda terpaksa menunggu sehingga pengumuman seterusnya. Jangka masa bila perkara itu akan berlaku tidak diberikan, tetapi ia mungkin bergantung pada cara pelancaran untuk platform Android dan wilayah tersenarai di atas.

Ujian beta tertutup bermula pada peranti Android untuk pemain di India dan Filipina pada musim bunga lalu, sebelum permainan itu dilancarkan ke lebih banyak wilayah dan pemain sepanjang tahun ini.

“Apex Legends Mobile direka khas untuk skrin sentuh dengan kawalan yang diperkemas dan pengoptimuman yang bernas menghasilkan pertempuran battle royale paling maju yang tersedia pada telefon pintar,” menurut Respawn.

Pra-pendaftaran sudah dibuka untuk pengguna peranti Android di Malaysia, anda boleh mendaftar di sini.

Sumber rujukan: Respawn

RELATED NEWS

+