Apex Legends: Senjata Baru Akan Hadir Esok, Berbentuk Light Machine Gun

Walaupun masih baru bertapak dalam genre battle royale, Respawn Entertainment tak berhenti mengacah peminat dengan kandungan baru dalam Apex Legends.

Kali ini mereka mengacah untuk senjata baru pula di Twitter yang dikatakan akan hadir esok. Tak banyak info didedahkan melalui bentuk senjata itu dari luaran tapi pastinya ia mempunyai kapasiti cukup hebat untuk menumpaskan Legends lain.

Seperti yang dilihat dalam video di atas, senjata baru ini adalah machine gun yang lebih ringan. Tambahan kepada ini, senjata ini juga mempunyai charged shot yang agak berguna sebenarnya.

Respawn bagaimanapun tak mendedahkan info spesifik dan korang perlu guna sendiri senjata ini besok untuk tahu kehebatannya!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+