Pusingan Play-ins untuk kejohanan Free Fire Continental Series (FFCS) akan bermula pada hujung minggu ini! Ia dipecahkan kepada tiga kejohanan berbeza mengikut kawasan global iaitu Americas Series, Asia Series, dan EMEA Series. Pasukan-pasukan Malaysia akan bertanding di Asia Series pada 22 November.
Dua pasukan Malaysia yang telah melayakkan diri ke FFCS Asia Series adalah AutoKnockout dan Baby Argon. Mereka akan bertanding dengan pasukan-pasukan lain dari India, Indonesia, Pakistan, Thailand, Vietnam, dan Taiwan. Lima pasukan terbaik dari pusingan ini akan melayakkan diri ke Grand Finals.
Hadiah terkumpul untuk setiap Series berjumlah AS$300,000 (RM1.2 juta) dan ini menjadikan hadiah terkumpul keseluruhan berjumlah AS$900,000 (RM3.6 juta). Pada 22 November, siaran langsung Asia Series akan bermula pada 3PM dan boleh ditonton di Facebook dan YouTube
Jika AutoKnockout dan Baby Argon berjaya melayakkan ke Grand Finals, mereka akan bertembung dengan Geek Fam, satu-satunya pasukan Malaysia yang layak secara terus ke FFCS Asia Series Grand Finals. Pusingan Grand Finals akan berlangsung 29 November ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai FFCS dan Garena Free Fire, anda boleh melayari laman Facebook rasmi Garena Free Fire Malaysia.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.