Berjaya Dragons umum pasukan Wild Rift, disertai bekas pemain Todak, Nenas

Organisasi e-sukan, Berjaya Dragons sebelum ini mengacah pasukan baru Wild Rift mereka. Hari ini, mereka mengumumkan nama-nama pemain yang lengkap menjadi ahli pasukan ini.

Mereka adalah:

Bekas pemain Todak, Nenas juga menyertai dan bermain sebagai top. Di dalam istilah Wild Rift, pemain top biasanya akan ke laluan Baron dan memilih hero fighter.

“Dulu berenang dalam laut, sekarang terbang atas langit sebagai Naga yang Berjaya,” kata Nenas.

Nenas sebelum ini pernah bermain sebagai offlaner di Todak dan meraih tempat ketiga di kejohanan dunia MLBB, M1 yang lalu.

Selain itu, TaintedOnes adalah bekas pemain Kuala Lumpur Hunters pada 2014 yang lalu.

RELATED NEWS

+