Bethesda memperlihatkan video Starfield

Bethesda kali ini berkongsi sebuah video permainan RPG terbaharu mereka, Starfield, yang dikatakan akan tiba untuk platform Xbox dan PC. 

Video berdurasi 7 minit itu dikongsikan melalui satu ciapan mereka, “mempelajari mengenai semangat membara kami mengembara ke wilayah yang baru, menakjubkan.”

Di dalam video itu, Todd Howard, pengarah Bethesda bercakap mengenai apa tujuan studionya membangunkan sesebuah permainan itu yang membawa mereka kepada pembangunan Starfield. 

Selain itu, Matt Carofano pengarah seni Bethesda dan Angela Browder pengarah studio, turut berkongsikan proses kreatif yang berlaku sepanjang pembangunan Starfield. 

Melalui video ini juga, mereka juga memperlihatkan pelbagai rekaan kapal angkasa, persekitaran dan beberapa rekaan karakter di dalam permainan ini. Namun, seperti biasa, mereka tidak akan berkongsikan permainan sebenar permainan buat masa ini. 

Starfield dijangkakan akan dilancarkan pada 11 November 2022 di mana akan tiba secara eksklusif untuk platform Xbox dan PC. 

Sumber: ComicBook

RELATED NEWS

+