Bloodstained: Ritual of the Night capai jualan 1 juta unit

Pada tahun lepas, Bloodstained: Ritual of the Night berjaya dilancarkan dan ia disambut sebagai satu penyambung warisan siri Castlevania. Kini ia telah mencapai sasaran jualan satu juta unit.

Dalam video di bawah, penerbitnya Koji Igarashi mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang terlibat dalam mencapai sasaran ini terutamanya para peminat dan penyokong Bloodstained: Ritual of the Night.

Beliau juga menyatakan masih terdapat banyak kandungan yang akan dimasukkan ke dalam judul tersebut. Dua penambahan kandungan iaitu Boss Revenge Mode dan Chroma Wheel akan diperkenalkan secara percuma pada 23 Jun tahun ini untuk versi PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Versi Nintendo Switch kedua-dua penambahan tersebut akan dilancarkan pada bulan Julai.

Boss Revenge Mode membenarkan pemain untuk mengawal watak-watak boss dan melawan watak-watak protagonis judul ini. Chroma Wheel pula menambahkan pilihan dalam sistem pengubahsuaian watak utama.

Banyak lagi kandungan baharu akan diperkenalkan seperti VS Mode, Classic Mode, Chaos Mode, dan watak baharu. Untuk membaca tentang rancangan pembangunan Bloodstained: Ritual of the Night untuk tahun ini, anda boleh rujuk di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+