BTR tersingkir, Alter Ego menang 3-1

Permulaan peringkat playoff MPL Indonesia musim kelapan menyaksikan pasukan Alter Ego akan bertemu dengan BTR Alpha. 

Udil kini diturunkan di dalam skuad utama selepas lama menghilang di dalam peringkat liga.

Pasukan Alter Ego kini mendahului dengan skor 2-1 dan mereka akan cuba mendapatkan kemenangan untuk kali ketiga dan seterusnya menyingkirkan pasukan BTR dari pertandingan.

Di perlawanan terakhir ini, kedua-dua pasukan tidak mempunyai kelebihan di antara satu sama lain. Perbezaan gold juga lebih kurang sama pada minit ke-11. 

Namun begitu, pasukan BTR berjaya mendapatkan Lord pada masa yang sama dan memberikan kelebihan kepada mereka ketika ini.

Walau bagaimanapun, pasuka Alter Ego tidak gentar dan mereka melakukan serangan balas ke atas pasukan BTR.

Pasukan BTR gagal untuk mempertahankan base mereka selepas mereka kehilangan 3 orang ahli pada minit ke-17. Alter Ego mengambil peluang itu untuk menghancurkan crystal pasukan BTR.

 

 

RELATED NEWS

+