Capt Sha adalah pemain baru Suhaz Esports!

Ramai yang tertanya-tanya siapakah pemain baru Suhaz yang diacah oleh pasukan itu beberapa hari yang lalu. Persoalan itu akhirnya terjawab hari ni selepas mereka mengumumkan Capt Sha sebagai pemain baru mereka.

Pengumuman itu dibuat dalam satu hantaran Instagram rasmi @Suhaz.esports sebentar sahaja tadi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Suhaz Esports (@suhaz.esports)

Pemain yang bermain di posisi support ini sudah lama mendukung pasukan Suhaz Esports sejak awal ianya ditubuhkan. Bermula dari MYA, Ezzy Esports dan kini Suhaz Esports, Capt Sha sentiasa yakin dengan kemampuan dan kemahiran yang dimiliki oleh ahli pasukannya.

Anak jati dari Gombak ini memulakan kariernya sebagai Pengurus. Selain itu, beliau mempunyai minat dan semangat yang begitu kuat di dalam bidang e-sukan menjadikan beliau kekal di dalam arena e-sukan tanah air.

Adakah kita akan dapat menyaksikan Capt Sha bermain untuk pasukan Suhaz Esports di MPL Malaysia musim kelapan ini? Kita bakal saksikan minggu ini.

RELATED NEWS

+