Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Kembali Untuk Semester 2!

Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 untuk mencari bakat e-sukan terpendam dalam kalangan siswa siswi di seluruh Malaysia.

Edisi kedua akan membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar akan bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 28 & 29 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak pada akhir September.

Pemenang pasukan dari setiap zon akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih-lebih lagi, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

XPAXKEK Semester 1 dianjurkan oleh MyGameOn dengan kerjasama Kitamen berjaya menarik ramai pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi bertanding dalam 3 jenis game berbeza iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PES 2019 dan Dota 2 dari 5 zon berbeza. 

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Adakah universiti korang bakal menjulang trofi juara XPAX KEK Semester 2? Bagi pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan e-sukan kampus terbesar ini, korang boleh daftarkan pasukan mengikut zon yang telah ditetapkan melalui laman sesawang rasmi di sini.

XPAX KEK Semester 2 dicetuskan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels serta disokong oleh MDEC, Mobile Lgends E-Project, KBS & ESM. 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+