Dapatkan Alan Wake & For Honor Secara Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store sentiasa berikan game percuma untuk pengguna setiap minggu dan kali ini, gedung digital memberikan Alan Wake dan For Honor secara percuma.

Alan Wake merupakan game aksi pengembaraan thriller dibangunkan oleh Remedy pada 2010 manakala For Honor adalah game aksi pertempuran secara online fokus kepada zaman pertengahan (medieval era) pada 2017 dibangunkan oleh Ubisoft.

Alan Wake mengisahkan seorang penulis novel berjaya bernama Alan Wake mengambil keputusan untuk bercuti bersama isterinya, Alice di sebuah kabin terletak di tengah-tengah sebuah tasik. Ketika percutian itu, Alice tiba-tiba hilang tanpa jejak. Berbekalkan lampu suluh dan pistol, korang akan bermain sebagai Alan untuk mengetahui punca kehilangan isteri tersayang.

For Honor menampilkan aksi pertarungan secara dekat dengan hero-hero yang dipengaruhi dengan zaman pertengahan dari pelbagai tamadun seperti samurai, kesatria dan Viking. For Honor tiba di Year 3 dengan penambahan 10 hero dan mod permainan. Namun, hanya game asal For Honor sahaja diberikan secara percuma di Epic Games Store kerana Year 3 termasuk dalam pembelian tambahan.

Kedua-dua Alan Wake dan For Honor ini percuma sehingga 9 Ogos. Dapatkan sekarang melalui Epic Games Store (untuk PC sahaja).

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+