surat tahun baru dimana beliau memberitahu tentang minat Square Enix dengan kemunculan trend seperti NFT dan teknologi blockchain."> surat tahun baru dimana beliau memberitahu tentang minat Square Enix dengan kemunculan trend seperti NFT dan teknologi blockchain." /> surat tahun baru dimana beliau memberitahu tentang minat Square Enix dengan kemunculan trend seperti NFT dan teknologi blockchain." />

Square Enix berharap NFT dan blockchain bakal menjadi trend untuk permainan video

Yosuke Matsuda Presiden Square Enix baru-baru ini mengeluarkan surat tahun baru dimana beliau memberitahu tentang minat Square Enix dengan kemunculan trend seperti NFT dan teknologi blockchain.

Banyak syarikat permainan video lain juga sudah mula menjual barangan digital seperti Ubisoft walaupun ramai kritik yang berlaku akibat dari jejak karbon yang teruk.

The Morning After: Ubisoft's NFT struggles | Engadget

Dalam surat itu, Matsuda memberitahu NFT bakal menjadi satu trend baru bersama metaverse, teknologi cloud dan kriptowang dalam industri permainan video.

“Saya percaya hal ini mempunyai potensi untuk pembesaran permainan video,” tulisnya.

Matsuda juga mahu Square Enix untuk memperkenalkan kriptowang mereka sendiri.

“Saya juga sedar ramai permain bermain permainan video untuk berseronok sebagai majoriti tetapi, saya juga percaya terdapat beberapa pemain yang bermotivasi untuk menyumbang sambil bermain,”

Matsuda juga percaya bahawa ramai pasti akan cuba untuk menyumbang sambil mendapat insentif dan berseronok bermain permainan video dari Square Enix.

Apa pendapat anda? Patutkah permainan video menggunakan NFT atau blockchain.

Namun setiap pembina permainan video perlu ingat orang yang yang bakal menyumbang adalah minoriti sahaja.

RELATED NEWS

+