Demo Kill La Kill The Game: IF Kini Boleh Dimuat turun Di PS4

Demo Kill La Kill The Game: IF telah dilancarkan kurang dari sebulan lebih awal. Game bertemakan fighting ini berdasarkan anime popular Kill La Kill dan dibangunkan oleh A+ Games (Little Witch Academia: Chamber of Time) dan diterbitkan oleh Arc System Works (Guilty Gear) & PQube.

Dalam demo ini, ia akan memberi pendedahan awal untuk bab pertama penceritaan game ini. Tambahan pula, terdapat juga mod perlawanan dan latihan yang mana korang boleh main sebagai Ryuko Matoi, Satsuki Kiryuin, Ira Gamagoori dan Uzu Sanageyama. Saksikan video yang menjelaskan kawalan dan cara permainan Kill La Kill The Game: IF secara ringkas di bawah:

Menurut Aksiz, Switch bakal menerima demo pada 22 Julai manakala demo untuk Steam (PC) bakal tiba pada 25 Julai. Buat masa sekarang, korang sudah boleh muat turun demo yang bersaiz 8 GB di PlayStation Store.

Kill La Kill The Game: IF bakal dilancarkan pada 26 Julai di PC (Steam), PS4 dan Nintendo Switch.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+