Dirt 5 akan hadir ke konsol dan PC pada 9 Oktober ini

Jika anda peminat siri DIRT, anda boleh bersorak gembira kerana akhirnya DIRT 5 akan hadir ke konsol generasi kini iaitu PlayStation 4 dan Xbox One! selain turut dilancarkan di platform PC dan Google Stadia pada 9 Oktober ini.

Bagi menyambut berita baik ini, Codemasters juga mengeluarkan satu video belakang tabir yang menunjukkan pelakon suara ditampilkan dalam permainan.

Bagi yang tidak tahu, DIRT 5 bukan saja permainan perlumbaan di luar jalan. Terdapat career mode yang membawakan pemain menerusi kembara sebagai seorang pelumba muda yang berminat dengan arena DIRT dan menambah kenalan serta bertanding bersama pelumba veteran.

Ia akan memfokuskan kepada dua karakter, Alex “AJ” Janicek sebagai mentor dan Bruno Durand. Pelakon suara popualr seperti Troy Baker dan Nolan North juga ditampilkan.

DIRT 5 juga akan dilancarkan di PlayStation 5 dan Xbox Seriex X namun tarikh pelancaran bagi konsol generasi hadapan ini masih belum ditetapkan.

Sumber: Gtplanet

kuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+