DOTA 2: Alliance Kembali, Hadir Dengan Roster Yang Terdiri Daripada Pemain Baru!

Alliance nampaknya sudah bersedia mengumumkan line up baru mereka selepas sekian lama Jonathan ‘Loda’ Berg mencari bakat baru yang boleh meneruskan legasi Sweden itu bersama-sama.

Loda nampaknya mengambil masa untuk membina roster terbaru itu dari terus rushing dengan five man line-up semata untuk mematuhi syarat Dota Pro Circuit first shuffle lock

Beliau berpendapat pemain baru yang mempunyai latar belakang kompetitif dalam Dota atau HoN sesuai dengan misi Alliance pada 2018.

“Saya mengambil masa yang lama untuk menubuhkan pasukan ini. Ramai antara kalian berharap untuk menyaksikan seorang atau dua star player dari roster ini tapi sebaliknya berlaku. Kami bukanlah pasukan yang mengambil pemain berpengalaman tapi kami menggilap bakat mereka dari awal.

“Oleh itu, ada antara mereka pernah menyertai pertandingan LAN sejak usia 13 tahun dan kini mempunyai pengalaman dan kejayaan lebih daripada satu kejohanan Dota 2 yang disertai,”

Bagaimanapun, midlaner mereka, Michael ‘miCKe’ Nguyen mengalami kecederaan di tangan dan perlu menjalani pembedahan pada musim sejuk ini dan dalam satu kenyataan media, Alliance akan bermain tanpa Michael pada Disember ini.

“Ada perkara tidak pasti mengenai formasi skuad ini dan saya ingin katakan midlaner kami, Michael tidak akan menjalani latihan bersama kerana masalah kesihatan untuk baki tahun ini dan dia akan kembali menyertai ahli lain pada Januari. 

“Keputusan untuk menandatangani kontraknya selama dua tahun menunjukkan kami yakin dia boleh cepat sembuh dan juga potensi serta bakatnya sebagai pemain e-sukan yang begitu muda harus dipuji,”

Walaupun Loda dalam persediaan untuk bersara tapi nampaknya veteran dari Sweden ini akan bermain bersama pasukan barunya untuk beberapa ketika bagi peranan carry, sementara micKe akan menjadi midlaner dan Isania sebagai position 4 support. Pemain dari Norway , Tommy ‘Taiga’ Le juga akan mengambil posisi support. Taiga baru saja membuat debut dalam arena kompetitif selepas post TI7 shuffle.

Samuel ‘Boxi’ Svahn (offlane) pula baru saja menyertai pro scene pada Januari tahun ini. Latar belakangnya sebagai pemain Heroes of Newerth bersama iNsania dan micKe meletakkan dirinya dalam top 10 highest earnings.

RELATED NEWS

+