Azure Ray juara ESL One Kuala Lumpur 2023

Skuad Dota 2 China, Azure Ray berjaya membuatkan MITEC Arena, Kuala Lumpur bergema dengan menewaskan wakil Eropah, Gaimin Gladiators, satu kemenangan reverse sweep! dengan skor 3-2 sekali gus meraih gelaran juara ESL One Kuala Lumpur 2023.

Di game pertama, Gaimin Gladiators menunjukkan mereka adalah pasukan lebih hebat menggunakan lineup seperti Alchemist dan Broodmother. Pick Silencer juga memberikan kejutan kepada Azure Ray.

Game kedua pula menunjukkan Gaimin Gladiators lebih agresif dengan adanya Slark, Primal Beast dan Pangolier. Ketiga-tiga hero ini sangat efektif berdepan lineup Azure Ray. Keyakinan mereka untuk berada di dalam base musuh pada minit ke-20 membuktikan mereka sangat selesa dengan kemampuan untuk membuli pemain-pemain Azure Ray.

Di game ketiga, GG walaubagaimanapun kalah teruk dengan Azure Ray di mana Storm Spirit Xm mengganas dengan KDA 11/0/13. Cubaan GG dengan menggunakan Underlord tidak berjaya walaupun dikira hero baik untuk mengalahkan barisan hero Azure Ray. Faceless Void yang digunakan Lou juga memberi banyak masalah kepada GG dengan setiap Chronosphere yang berjaya. Pilihan Centaur oleh Azure Ray juga menjadikan GG tidak boleh membuat apa-apa. Perlawanan berakhir dengan 30 kill berlawan 5 memihak Azure Ray.

Game keempat, Gaimin Gladiator mendominasi dengan Timbersaw yang nyata membawa masalah buat Azure Ray. Azure Ray tidak dapat membuat apa-apa dengan kesalahan demi kesalahan. Pangolier, Slark, dan Timbersaw milik GG terus menjadi 3 hero dengan gold terbanyak pada Early dan Mid Game.

Barisan hero Azure Ray seperti Luna sekali lagi mengimbau mimpi ngeri ditunjukkan kepada Team Liquid kerana hero ini berjaya carry pasukan China hingga ke game kelima.

Di game kelima, Azure Ray memilih Obsidian Devourer dan Naga Siren, mematikan langkah Faceless Void.

Tahniah Azure Ray membuatkan kemunculan kembali #ChinaDoto

Foto: Adam Lakomy, ESL ONE

RELATED NEWS

+