DOTA 2: Arcana Rubick Akhirnya Dilancarkan, Semua Spell Bertukar Hijau!

Pada hari ini, Rubick mencuri semua tumpuan dengan arcana yang tersendiri dalam Dota 2.

Bukan berita menarik ini saja yang kita dengar sebab Valve juga akan merasmikan event Frosthaven, satu mod permainan baru boleh dimainkan bermula 3 Januari.

Apa yang menarik dengan Arcana ini? 

Seperti sedia maklum, kita tahu Rubick boleh mencuri kuasa pihak lawan. Bayangkan aje ada 115 efek untuk pencurian kuasa yang bertemakan hijau. Rubick juga mempunyai cape yang bertukar warna mengikut kuasa dicuri dan banyak lagi animasi yang korang boleh usha semua dekat bawah.

Magus Cypher Arcana ini membantu Rubick memanipulasi seni arcane dan seperti yang korang saksikan, arcana ini sangat dekat dengan identiti Rubick. Boleh nampak visual Cube dalam kebanyakan kuasanya.

Untuk info lanjut tentang arcana Rubick dan Frosthaven, korang boleh klik INI.

RELATED NEWS

+