Valve nasihat pemilik Steam Deck untuk tidak menghidu ‘asap’ dari peranti itu

Valve terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk setiap pemilik Steam Deck berhenti untuk menghidu ‘asap’ yang keluar dari lubang penyejuk Steam Deck.

Sejak keluarnya peranti PC mudah alih ini, ramai pemilik mengatakan mereka tidak dapat berhenti dari cuba membau ‘asap’ yang keluar dari peranti itu.

Mereka mengatakan terdapat satu aroma yang unik dan tersendiri.

Pada 12 Disember tahun lepas, seorang pengguna Reddit¬†menghubungi Steam Support mengenai keselamatan untuk menghidu ‘asap’ dari lubang angin di atas Steam Deck.

A screenshot shows the message Valve sent back when asked about the Steam Deck vents.

Seperti yang disangka, Valve mengeluarkan kenyataan ini.

“Sama seperti mana-mana barang elektronik, adalah tidak wajar untuk anda menghidu apa-apa asap yang keluar dari peranti itu,” ujar Steam.

“Walaupun setakat ini tidak ada apa-apa lagi masalah kesihatan, kami masih mahu pengguna Steam Deck untuk tidak mengulang perkara ini,” tambah mereka lagi.

RELATED NEWS

+