DOTA 2: Kesemua Dalam Na’vi Mengaku Salah Berhubung Penyingkiran Daripada Kelayakan Terbuka TI8

Kekalahan Na’vi di pusingan kelayakan terbuka The International 2018 membuatkan ramai yang mempersoalkan, apa puncanya. Nampaknya peminat dah menemui jawapan apabila CEO Na’vi Yevhen “HarisPilton” Zolotarov dan beberapa ahli pasukan itu menyuarakan pendapat mereka.

Apabila Na’vi kalah dan disingkirkan dari kelayakan, HarisPilton cuba melindungi pemainnya dan yang pertama bersuara di Twitter dan menyalahkan dirinya.

“Sangat memalukan,” katanya. “Mereka (pemain) cuba, tapi pasukan ini seperti badan tiada kepala, dan walaupun pemain tak memberikan banyak pilihan, saya yang sepatutnya bertanggungjawab. Saya akan memberitahu nasib pasukan ini pada minggu depan,”

Kemudian pada hari keesokannya, bekas ahli Virtus Pro, Ilya “Lil” Ilyuk pula memuat naik post panjang di Instagram dan meminta maaf kepada peminat, kepada “rakan seperjuangan dan bekas rakan seperjuangan” dan kepada organisasi. “Sebelum orang lain, saya memohon maaf kepada Na’vi dan kepada semua orang mewakilinya dan mereka yang memastikan saya dan ahli pasukan lain dalam keadaan baik,” Lil berkata begitu kerana kekalahan itu sangat memalukan baginya lebih-lebih apabila ramai orang menaruh harapan termasuk peminat.

 

Совсем недавно стоя на сцене мажора поднимал кубок, а сейчас я пропускаю главный турнир года, не выйдя из открытых квалификаций Хотелось бы извиниться в первую очередь перед моими фанатами, которые все это время вместе со мной и переживают все мои успехи и неудачи (я знаю Вы существуете). Также перед болельщиками Тэга, который для многих является чем-то большим, нежели сочетанием из 4х букв. Хотел бы извиниться перед моими бывшими и нынешними тиммейтами, я более чем уверен, что есть за что. Ну и конечно же перед организацией НаВи и всеми людьми, которые ее представляют. Со своей стороны они сделали все возможное, чтобы у нас и у меня все было хорошо. Простите, ребята.. Мне до глубины души обидно и за то, что все так, как есть. Невыносимо стыдно, когда такое огромное количество людей искренне верит в тебя, а ты не можешь оправдать надежды. В конечном счете каждый получает то, чего заслуживает.(с) Не могу сказать что это конец, но, видимо, мы это «заслужили». Я это заслужил.

A post shared by Lil (@lil) on

Beliau mengakhiri post dengan “pada akhirnya, semua orang dapat apa yang mereka deserve. Dan saya tak katakan ini adalah pengakhiran tapi kami dah pun ‘terima’ padahnya. Saya pun menerima perkara itu,”

CEO Na’vi terus membalas pada Lil mengatakan “ayat ini adalah benar dan sebenarnya, kamu betul, kamu dapat apa yang kamu harapkan,”

Bagaimanapun, Victor “General” Nigrini (offlaner) mengatakan sebaliknya.

“Laughing out loud kepada NAVIHarisPilton dan VegaAlexey. Anda mempunyai pemain lemah dalam pasukan jadi keputusannya sama seperti itu. Pemain ini yang bertanggungjawab atas kekalahan. “Mereka mencuba” bukannya alasan. Mereka (pemain biasa) juga cuba pada 1.5k MMR,”

Beliau juga menambah, twit itu juga berkenaan dirinya dan semua pemain dalam Na’vi tapi bukan kakitangan organisasi itu. “Apa saya maksudkan dalam twit sebelum ini adalah semua pemain perlu dipertanggungjawabkan, termasuk saya (bukan pihak pengurusan, analis dan jurulatih). Tak bermaksud menghina siapa-siapa.

Sementara itu, kelayakan serantau (regional) bagi Negara-Negara Merdeka Komanwel (CIS) menemukan Team Spirit, FlyToMoon, Double Dimension dan ESPADA yang akan bermain di peringkat playoff hari ini. Hanya satu slot saja dihadiahkan kepada empat pasukan ini untuk merebutnya.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+