Tiket Bali Major Dota 2 kini dijual – tunggu apa lagi!

Anda kini boleh membeli tiket Bali Major yang akan menjadi pertandingan Dota 2 berprestij sebelum hadirnya The International.

Tiket untuk Bali Major kini dijual dengan harga AS$888 (RM4,000) untuk versi premium dan AS$388 (RM1,778) untuk versi standard.

Bali Major akan membawa 18 pasukan terbaik Dota 2 yang akan bertempur untuk merebut hadiah wang terjumpul berjumlah AS$500,000.

Tiket premium adalah untuk tiga hari di mana anda akan menjadi orang terawal untuk memasuki sesi tandatangan beserta jemputan eksklusif ke Bali Major After Party untuk bersama-sama pemain profesional Dota 2.

Pembeli tiket premium juga akan mendapat barangan eksklusif Bali Major termasuk hoodies, T-shirt, bucket hat, dan banyak lagi. Beg sandang juga akan diberikan bersama-sama.

Tiket akan dijual di laman Eventbrite.

Bali Major akan bermula 7 sehingga 9 Julai ini di Champa Garden, Ayana State.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman rasmi Bali Major.

RELATED NEWS

+