DOTA 2: Komuniti Tak Berpuas Hati, Nakkan Wraith Band, Bracer & Null Talisman Dibuang

Makin hari makin confused. Setiap patch mesti ada yang tak puas hati dan complaint untuk petition.

Hari ini, pengguna Reddit nampaknya tak berpuas hati terhadap tiga item stats yang selalu digunakan dalam perlawanan. Pendek kata, every time korang main Dota, mesti akan nampak orang guna item ni dan korang pun sekali guna!

Wraithband, bracer dan null talisman adalah item yang digunakan pada awal perlawanan untuk mendominasi minit awal.

Dia dengan username u/moe__tayeh turut tak berpuas hati kerana tiada keunikan pada 15 minit pertama perlawanan disebabkan penggunaan item ini.

“Setiap agi carry mempunyai attack speed yang tak masuk akal, setiap tank strength susah nak bunuh dan hero INT yang mempunyai kaya dengan lebih stat.

“Siapa yang nak join untuk membuang item ini dari permainan? Saya nak setiap perlawanan awal ada keunikan tersendiri jadi lebih seronok untuk main,”

Dia mengakhiri kata-katanya dengan mengatakan dirinya sebagai salty boi feeder.

Bagi pengguna Reddit lain pula mengatakan ia adalah untuk seimbangkan (balance) perlawanan Dota 2.

“I thinks its pretty balance to have those three around. The meta is design to harass, win lanes and snowball till the end. That’s why on pro matches today, when you are on the upper hand and you can handle the advantages of your team, dont do any mistakes and finish the game fast,” kata kiritosoriano21

Untuk pengetahuan korang, ini adalah stats bagi item berikut:

Bracer:

 +6 Strength
+3 Agility
+3 Intelligence
+6% Magic resistance

Wraith Band:

+3 Strength
+6 Agility
+3 Intelligence
+6 Attack speed

Null Talisman:

+3 Strength
+3 Agility
+6 Intelligence
+3% Spell damage

Kesemua item ini stack dan boleh dibeli lebih dari satu untuk mendapat efek tambahan.

RELATED NEWS

+