Malaysia akan jadi tuan rumah untuk Predator League Asia Pasifik 2025

Malaysia akan jadi tuan rumah untuk Predator League Asia Pasifik 2025. 

Ia diumumkan oleh Presiden Bahagian Operasi Pan-Asia Pasifik, Andrew Hou dalam satu acara sidang media, pagi tadi di Manila, Filipina.

Edisi 2024 yang berlangsung hingga esok diadakan di Manila, Filipina menyaksikan pasukan Dota 2 dan VALORANT bertarung merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$400,000 dan trofi Predator.

Acer masih belum memutuskan e-sukan apa akan dipertandingkan tahun depan namun mereka kekal dengan pemilihan dua jenis e-sukan seperti edisi-edisi sebelum ini.

Mereka juga tidak ada pelan untuk memfokuskan penganjuran kejohanan di luar Asia Pasifik kerana ia akan menjadi lebih rumit dan bagi memastikan Predator di tahap lebih tinggi dalam lingkungan negara Asia Pasifik.

Dalam acara itu tadi, Acer menceritakan bagaimana mereka kini menukar fokus dari jenama IT dan PC kepada gaya hidup selain mengutamakan konsep kelestarian alam sekitar.

RELATED NEWS

+