DOTA 2: Miracle- Digantikan Dengan Jurulatih Team Liquid, Heen Untuk Dream League Minor

Miracle- digantikan dengan jurulatih Team Liquid, Heen untuk kejohanan Dream League Minor yang akan berlangsung hari ini hingga 25 Mac 2018 (Ahad).

Team Liquid tak mendedahkan sebabnya tapi hanya memuat naik gambar dan status di laman Facebook mereka. 

Pada pendapat penulis, mungkin Amer Al-Barkawi (Miracle-) tak berapa sihat ataupun mempunyai masalah keluarga dan perlu balik ke Jordan. Mungkin juga Miracle- menghadapi kehilangan ahli keluarga terdekat. Beliau akan kembali untuk kejohanan DAC tak lama lagi.

Penggantian Heen masih tak cukup clear untuk meyakinkan Team Liquid mara jauh sebab pertama, Heen memegang role sebagai support untuk MVP Phoenix sebelum ini dan kurang pengalaman main untuk posisi midlaner

Mungkin ada perubahan dari segi aturan posisi untuk Dream League ni? Mungkin Matumbaman akan mid, Kuroky menjadi carry? Kapten Team Liquid ini pernah bermain sebagai carry beberapa tahun lepas dan dianggap sebagai pemain yang sangat versatail. Lihat Kuroky sebagai Mirana dalam video di bawah:

Apa pun goodluck kepada Team Liquid dan buat Miracle-, cepatlah kembali!

RELATED NEWS

+