ZmjjKK menjadi pencetus era baharu Valorant di China

Persembahan menakjubkan oleh bintang EDward Gaming (EDG) Zheng “ZmjjKK” Kang di VALORANT Champions Tour (VCT) Masters Tokyo baru-baru ini membuka mata ramai bahawa negara China kini mempunyai pasukan yang kuat.

ZmjjKK yang lebih dikenali ramai sebagai Kang Kang membawa pasukannya untuk mencipta sejarah baharu di pentas dunia VALORANT selepas berjaya memenangi perlawanan antarabangsa offline pertama untuk pasukan China.

Dia merupakan seorang Duelist untuk EDG dan sangat berbisa ketika menggunakan senjata Operator di VCT Masters Tokyo.

Menurut willminder yang menganalisis data untuk VALORANT menyatakan bahawa dia mendapat 103 kills ketika menggunakan senjata tersebut.

Ia lebih mengejutkan kerana orang kedua dalam kedudukan membunuh orang dengan senjata Operator mempunyai jurang yang besar iaitu sebanyak 30 kills.

Ramai menggelarkan Kang Kang sebagai pemain paling terbaik di dunia dalam menggunakan senjata ini.

Bukan itu sahaja, mereka berjaya menamatkan VCT Masters Tokyo di tempat kelima dan keenam selepas memulakan saingan pusingan kumpulan.

Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk pasukan itu kerana mereka terpaksa bersaing dengan T1, Natus Vincere (NAVI) dan pasukan yang mempunyai tiga pemain yang pernah menjadi juara dunia iaitu NRG.

Pada awalnya, EDG tewas di tangan T1 selepas mereka kalah di pusingan Overtime di Pearl. Namun di pusingan penyingkiran, mereka berjaya untuk menewaskan NAVI sebelum membalas dendam terhadap T1 di pusingan penentuan dengan skor 2-0.

Mereka tewas di tangan Team Liquid dengan skor 2-1 sebelum menewaskan juara dunia, LOUD dengan skor 2-0 mengejutkan dunia VALORANT.

Walaupun ada segelintir ahli komuniti VALORANT menganggap bahawa ia hanyalah nasib yang baik serta menyatakan bahawa barisan pemain LOUD bukanlah barisan pemain yang memenangi juara dunia.

Namun, mereka tewas di tangan Paper Rex dengan skor 2-1 tetapi ramai menganggap bahawa EDG patut bangga dengan pencapaian mereka.

Akhirnya wilayah China kini mempunyai satu pasukan yang kuat serta era baharu untuk wilayah ini dalam VALORANT.

Kang Kang kini antara peneraju utama dalam kenaikan wilayah China dan sudah semestinya, EDG akan menjadi dark horse dalam VCT Champions di Los Angeles, Amerika Syarikat.

RELATED NEWS

+