Bermula hari ini, skuad LGD Dota 2 adalah sebahagian dari strategic partnership antara LGD Gaming dan Paris Saint-Germain.
Dua organisasi itu mengadakan sidang media di Shanghai, China awal hari ini untuk pengumuman kolaborasi itu.
“Asia adalah rantau strategik untuk PSG, dan e-sukan adalah sebahagian darinya. Kami sangat teruja untuk sekali lagi menjadi perintis sebagai kelab bola sepak Eropah pertama untuk melabur dalam arena Dota 2 di China,” – Fabien Allègre, PSG Director of merchandising & diversification.
PSG memasuki dunia e-sukan sejak 2016 dan mempunyai skuad League of Legends, pemain dalam Rocket League dan FIFA. PSG menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak brand awareness dan juga business value untuk kedua-dua organisasi ini.
Please give a warm welcome to our @DOTA2 squad in partnership with @LGDgaming !
1️⃣ Wang ‘Ame’ Chunyu
2️⃣ Lu ‘Maybe’ Yao
3️⃣ Yang ‘Chalice’ Shenyi
4️⃣ Xu ‘Fy’ Linsen
5️⃣ Jian Wei ‘xNova’ Yap?? https://t.co/5kG4DWxD7Z pic.twitter.com/JPAGXLFbTQ
— PSG eSports (@PSGeSports) April 19, 2018
Masih belum pasti apa pelan mereka tapi mungkin kelab ini akan serapkan model bisnes ataupun perkenalkan struktur organisasi lebih efisien kepada LGD nanti.