Steam perkenalkan fungsi Steam Families

Antara masalah memiliki permainan video digital adalah untuk berkongsi dengan keluarga.

Valve baru-baru ini memperkenalkan Steam Families. Ia membolehkan ahli keluarga anda berkongsi permainan video yang ada kepada enam ahli keluarga yang lain.

Fungsi ini akan membenarkan akaun keluarga anda untuk bermain permainan video anda tanpa perlu membelinya.

Sudah semestinya Steam Families dapat mengelakkan anda dari membelanjakan wang terlalu banyak untuk sesebuah permainan video.

Syarat untuk Steam Families adalah anda tidak boleh bermain permainan video yang sama jika ada ahli keluarga anda sedang bermain, melainkan akaun keluarga anda membeli permainan itu.

Steam Deck OLED review: better, not faster - The Verge

Selepas menyertai Steam Families, anda tidak boleh menukar atau berpindah dari Steam Families untuk masa setahun.

Bagi fungsi ini, tidak semua syarikat permainan video akan membenarkan Steam Families.

Semua ini termaktub kepada syarat ditetapkan sesebuah syarikat itu.

Walaubagaimanapun, fungsi ini pastu akan membantu ahli keluarga untuk berkongsi koleksi permainan video digital mereka.

RELATED NEWS

+