DOTA 2: Valve Membuat Perubahan Besar Pada Sistem Dota Pro Circuit Musim 2018-2019

Dalam kenyataan di blog yang dikeluarkan oleh Valve, mereka mengumumkan beberapa perubahan signifikan untuk Dota 2 Pro Circuit bagi musim seterusnya. Dalam perubahan itu, yang paling ketara ialah roster rules, konflik bagi hak pemilikan pasukan, perubahan kejohanan Minor dan Major dan terakhir, jadual acara Pro Circuit seterusnya.

Rosters dan Mata DPC

Perubahan ini menyaksikan hard roster locks tak lagi akan dikuatkuasakan pada musim seterusnya. “Pasukan mempunyai fleksibiliti untuk mencari pemain pilihan yang memenuhi playstyle pasukan bagi merebut Aegis of Champions. Untuk itu, musim 2018-2019 tak lagi mengamalkan hard roster locks dan jika pasukan menukar ahli pasukan ketika musim itu, mereka tidak akan tersingkir daripada DPC.”

Mata Kelayakan Akan Diberi Kepada Pasukan

“Dalam sistem baru ini, mata kelayakan untuk The International akan diagihkan kepada pasukan berdaftar dan bukannya pemain sendiri. Pasukan boleh menukar pemain mereka sepanjang musim tapi jika seorang pemain dikeluarkan, ia akan menolak markah DPC sebanyak 20%. Menambah pemain baru takkan memberi apa-apa mata ekstra,”

Penalti Kalau Bermain Tanpa Roster Lengkap

“Kalau pasukan itu bermain dalam acara Pro Circuit tanpa roster lima orang pemain yang rasmi, mata dikumpul pada acara itu akan dikurangkan sebanyak 40%. Admin pasukan boleh keluarkan mana-mana pemain dari roster berdaftar dan mereka boleh pilih untuk keluar. Kalau bermain kelayakan Minor dan Major, pasukan mesti menggunakan sekurang-kurangnya 4 dari 5 pemain berdaftar. Apabila jemputan TI dan Kelayakan bermula, pasukan tak boleh lagi menukar roster sehingga berakhirnya acara TI. Bagaimanapun, substitutes boleh digunakan ketika kecemasan selepas Kelayakan TI tapi hanya jika diluluskan Valve,”

Tarikh Pendaftaran untuk Mereka Yang Ingin Bertanding Dalam Musim 2018-2019

“Pasukan yang ingin bertanding dalam musim 2018-2019 perlu mendaftar selepas berakhirnya The International pada Ogos. Kalau pasukan itu ingin mendapat jemputan ke kelayakan Major dan Minor bermula 17 September, mereka perlu mendaftar roster pada 15 September,”

Hak Pemilikan Pasukan & Jemputan Terus

“Sebelum tibanya The International 2018 tahun depan dan ada kes yang mana organisasi atau individu mempunyai hak pemilikan ke atas beberapa pasukan, hanya satu saja yang boleh menyertai dalam The International, tak kisah berapa mata kelayakan DPC dikumpul. Semua pasukan boleh menyertai Majors dan Minors untuk musim baru nanti tapi konflik hak pemilikan pasukan perlu diselesaikan sebelum pusingan kelayakan serantau. Ini termasuklah kes yang mana pemain mempunyai financial ties bersama pasukan lain,”

Minors & Majors Akan Digandingkan Dengan Ketiadaan Jemputan Terus

“Tak seperti tahun lepas, Minor dan Major pada musim depan akan dijalankan secara berpasangan, dengan kelayakan untuk setiap set dijalankan mengikut jadual dirancang (yang pertama pada September). Takkan ada jemputan terus ke Minor dan Major. Kelayakan Major akan dijalankan dulu dan pasukan yang tak layak ke Major perlu bertanding dalam kelayakan Minor beberapa hari kemudian. Pasukan yang menang Minor Main Event akan mendapat slot untuk ke Major seterusnya,”

Ini adalah jadual untuk pusingan kelayakan yang terbaru bagi musim 2018-2019:

Sep 17-Sep 21: Major Qualifier
Sep 23-Sep 26: Minor Qualifiers
Oct 29-Nov 4: Minor Main Event
Nov 8-Nov 19: Major Main Event

Nov 26-Nov 30: Major Qualifiers
Dec 1-Dec 4: Minor Qualifiers
Jan 7-Jan 13: Minor Main Event
Jan 17-Jan 27: Major Main Event

Feb 1-Feb 5: Major Qualifier
Feb 7-Feb 10: Minor Qualifier
Mar 4-Mar 10: Minor Main Event
Mar 14-Mar 24: Major Main Event

Mar 28-Apr 1: Major Qualifier
Apr 3-Apr 6: Minor Qualifiers
Apr 22-Apr 28: Minor Main Event
May 2-May 12: Major Main Event

May 15-May 19: Major Qualifier
May 21-May 24: Minor Qualifiers
June 10-June 16: Minor Main Event
June 20-June 30: Major Main Event

Sumber: VPEsports

 

RELATED NEWS

+