DOTA2: ‘Mereka Bermain 11 Perlawanan Tanpa Henti Tapi Tiada Ganjaran Bila Kalah’ – David Parker

Dalam dunia kompetitif Dota 2, bukan semuanya indah.

Bagi pasukan yang berada di tahap (tier) 2 dan 3, mereka masih berdepan dengan isu seperti frekuensi perlawanan begitu banyak dan pulangan yang kurang berlaloi dengan usaha. Sekurang-kurangnya, itulah pendapat peribadi David Parker atau Godz, pengulas dan penganalisis bagi Dota 2.

Dalam ciapan (twit) terbaru beliau, David menegaskan yang pasukan di tahap ini bertarung bersusah payah untuk melepasi pusingan kelayakan namun seringkali pulang dengan tangan kosong.

Ciapan itu ditujukan kepada skuad dianggotai 3 anak Malaysia, NothingToSay, WinteR dan vtFaded bersama seorang pemain Australia, Velo dan Poloson dari Singapura. Mereka adalahΒ underdog dalam pusingan kelayakan Asia Tenggara ke Epicenter Major, bermain 11 perlawanan tanpa rehat yang lama demi mengejar slot ke-2 untuk ke Major di Russia itu.

Ramai yang memuji perlawanan mereka antara Fnatic dikatakan sengit dan berbaloi ditonton tapi mesej utamanya adalah: Valve patut sertakan ganjaran kepada mereka yang gagal merebut slot.

Twit di atas pula mengatakan Valve sepatutnya menaja liga atau kejohanan yang bernilai USD$20,000 hingga USD$50,000 untuk pasukan di tahap 2/3 yang mana ini akan membuatkan mereka lebih kompetitif dan tidak pulang dengan tangan kosong.

Pengguna Twitter Octavianus SG pula menegaskan pasukan tiga teratas sepatutnya diberi ganjaran wang tunai walaupun hanya bertanding di pusingan kelayakan berikutan usaha dan komitmen diberikan oleh skuad-skuad terbabit.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+