DOTA2: Mineski Adalah Wakil Asia Tenggara Di The International 9

Selepas mengharungi pusingan kelayakan yang agak sengit di mana skuad ini tak berapa perform di peringkat kumpulan, mereka berjaya menundukkan skuad Jinesbrus yang dianggotai oleh 3 bekas pemain MVP.Phoenix iaitu Febby, Forev dan March.

Dengan kemenangan skor 3-2, Mineski yang dianggotai oleh Nikolay “Nikobaby” Nikolov, Kam “Moon” Boon Seng, Damien “kpii” Chok, Ryan “Bimbo” Jay Qui dan Michael “‘Ninjaboogie”‘ Ross berjaya merebut satu-satunya slot Asia Tenggara ke The International 9! Tahniah diucapkan!

The International adalah kejohanan dunia Dota 2 yang berlangsung setiap tahun, mengumpulkan 18 pasukan berentap merebut wang tunai terkumpul lebih USD26 juta (RM107 juta).

Edisi ke-9 ini akan berlangsung di Shanghai, China, pertama kali dalam sejarah The International untuk dianjurkan di benua Asia.

RELATED NEWS

+