Team Falcons juara DreamLeague Season 22, bawa pulang RM1.4 juta

Satu lagi kemenangan berjaya diraih pasukan Dota 2, Team Falcons iaitu kejohanan DreamLeague Season 22 yang baru saja tamat semalam.

Dalam kejohanan dalam talian itu, Falcons berjaya menewaskan BetBoom dengan skor 3-0 sekali gus meneruskan dominasi mereka selepas kemenangan di Dubai, Saudi sebelum ini.

Atas kemenangan itu, Falcons berjaya bawa pulang RM1.4 juta (AS$300,000).

Pasukan China, Xtreme Gaming hanya berpuas hati di tempat ketiga manakala bekas juara TI, Team Spirit pula di tempat keempat.

Kejohanan Dota 2 berprestij yang seterusnya bakal menjadi tumpuan adalah ESL One Birmingham 2024, April ini.

Tahniah diucapkan buat mereka!

RELATED NEWS

+