DOTA2: Tims, Sumail Dan Miracle Akan ‘Gegar’ Perlawanan All-Star Team

Seperti biasa pada setiap kali The International, perlawanan antara yang terbaik (All-Star) akan dilangsungkan untuk mencipta suasana di kejohanan dunia Dota 2.

Kali ini, pasukan sudah ditentukan dengan 10 pemain yang dipilih mengikut skor daripada mata fantasi (fantasy points) yang dimeritkan mengikut prestasi ketika peringkat kumpulan berlangsung.

Walaupun ramai pemain dalam satu pasukan mungkin terpilih tapi hanya seorang saja yang layak mewakili pasukan mereka. Jom saksikan siapa mereka!

Pasukan Merah

Mereka adalah nama yang tidak asing lagi dan menunjukkan prestasi luar biasa pada peringkat kumpulan:

  • Johan ‘pieliedie’ Åström (Newbee)
  • Lu ‘Somnus’ Yao (PSG.LGD)
  • Timothy John ‘Tims’ Randrup (TNC Predator)
  • Michal ‘Nisha’ Jankowski (Team Secret)
  • Amer ‘Miracle-‘ Al-Barkawi (Team Liquid)

Pasukan Hijau

  • Syed Sumail ‘SumaiL’ Hassan (Evil Geniuses)
  • Ding ‘Dy’ Cong (Vici Gaming)
  • Michael ‘miCKe’ Vu (Alliance)
  • Roman ‘RAMZES’ Kushnarev (Virtus.pro)
  • Akbar ‘SoNNeikO’ Butaev (Natus Vincere)

Nama pasukan ini belum lagi rasmi dan mungkin dipinda pada hari acara nanti. Mengikut nama yang tersenarai, mereka adalah gandingan mantap dan akan cetuskan huru hara nanti.

Dengan mengikut format ARDM atau random deathmatch, ia menyaksikan setiap pemain menggunakan hero berlainan setiap kali respawn.

Hari acara The International 2019 akan bermula esok tapi perlawanan All-Star hanya akan dimainkan pada hari Jumaat. Sebelum hari itu tiba, kita akan menyaksikan banyak pasukan yang terpaksa mengibarkan bendera putih di pentas dunia ini.

The International 2019 mengumpulkan 18 pasukan Dota 2 seluruh dunia yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi sepanjang musim Dota Pro Circuit (DPC) dan yang memenangi pusingan kelayakan serantau. 

Juara akan membawa pulang USD14,596,851 iaitu kira-kira RM60 juta yang mana seorang ahli membawa pulang kira-kira RM12 juta sebagai habuan utama.

Sumber: VPEsports

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+