Dragon Age 4 Rasmi Diumumkan Oleh BioWare – Saksikan Kebangkitan Dread Wolf

Setelah menyepi selama 4 tahun, siri Dragon Age kini kembali dengan trailer terbaru di The Game Awards 2018.

Namun, trailer yang ditonjolkan adalah sangat samar-samar, hanya menunjukkan sebuah perisai dengan lambang dan mengakhiri trailer acah tanpa apa-apa judul langsung.

Di penghujung trailer, slogan ‘The Dread Wolf Rises’ merujuk kepada Solas, salah satu karakter utama dalam game ketiga Dragon Age yang mempunyai nama lain, Fen’harel bermaksud ‘Dread Wolf’.

Spoiler bagi yang belum habis main Dragon Age Inquistion, Solas mengkhianati pemain di akhir jalan cerita (serius korang mesti rasa sakit hati). Nampak gayanya Dragon Age baru ini akan menyambung kembali pemburuan Dread Wolf.

Menurut BioWare, produser eksekutif, Mark Darrah dan pengarah kreatif, Matthew Goldman sangat teruja untuk membawakan penceritaan dan pilihan lebih mendalam serta combat gameplay berkumpulan yang seronok ke dalam Dragon Age baru.

Saksikan kebangkitan Dread Wolf di trailer Dragon Age 4:

RELATED NEWS

+