Dragon Ball Z: Kakarot – Korang Boleh Main Sebagai Gohan, Piccolo & Vegeta

Dragon Ball Z: Kakarot bukan hanya fokus untuk Goku sahaja.

Walaupun nama Kakarot diletakkan di judul utama game, korang boleh bermain sebagai rakan ataupun lawan Goku dalam Dragon Ball Z: Kakarot. 

Bagi yang tidak tahu siapa itu Kakarot, ia adalah nama asal Goku seperti nama Kal-El atau lebih dikenali sebagai Superman. 

Baca lagi: Dragon Ball Z: Kakarot – Saksikan Trailer Rasmi Game Aksi RPG Dragon Ball

Melalui terjemahan Gematsu daripada Ryokutya2089, Gohan, Piccolo dan Vegeta akan muncul sebagai karakter sokongan dan boleh dimainkan. Korang juga boleh bermain sebagai Vegeta sebaik sahaja tiba di planet Namek kerana Vegeta adalah musuh kepada Goku pada awal cerita Dragon Ball Z.

Gohan pula ialah anak Goku manakala Piccolo ialah penjahat bertukar kawan karib sehingga menjadi mentor kepada Gohan.

Chiaotzu, Krillin, Tien Shinhan dan Yamcha pula hanya berada dalam game sebagai karakter sokongan, iaitu karakter yang beri respon yang dilakukan oleh pemain. Mereka juga boleh beri sokongan untuk mengejar musuh selepas selesai pertempuran dan mempertahankan diri daripada serangan. 

Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh rasmi diumumkan oleh pihak CyberConnect2 dan Bandai Namco. Dragon Ball Z: Kakarot bakal dilancarkan pada tahun 2020 di PC, Xbox One dan PS4.

Sumber gambar: Pushsquare

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+