Code Vein: Demo Kini Boleh Dimainkan Di PS4 & Xbox One

Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan demo percubaan (Trial Demo) Code Vein kini boleh dimainkan untuk semua pemain di rantau Asia Tenggara iaitu di Malaysia, Singapura Thailand, Filipina dan Indonesia.

Demo ini adalah hasil daripada maklumbalas terhadap sistem dan aksi pertempuran oleh pemain yang telah main dalam satu ujian rangkaian (Network Test) yang diadakan pada Mei 2019. 

Dalam demo ini, korang boleh mengubahsuai karakter Code Vein tersendiri dan menjelajah kawasan awal dalam game ini di bahagian bawah tanah Ruined City, mengubahsuai senjata serta menaikkan level karakter bagi menumpaskan bos di dalam penjara (dungeon).

Sempena demo percubaan ini, Bandai Namco mengadakan satu peraduan yang mana pemenang berpeluang untuk memenangi game Code Vein dan pelbagai barangan menarik seperti game Code Vein dan lakaran eksklusif karakter pemain yang dilukis oleh pereka karakter, Kurumi Kobayashi.

Untuk sertai pertandingan ini, korang perlu menghantar rekaan karakter tersendiri dalam bentuk imej atau video di komen Facebook ini bermula pada 3 September sehingga 22 September 2019.

Demo percubaan Code Vein boleh dimainkan di PS4 dan Xbox One sekarang manakala Code Vein akan dilancarkan pada 27 September 2019.

Sumber: Bandai Namco Entertainmment Asia

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+