Dragon Ball Z: Kakarot – Saksikan Trailer Rasmi Game Aksi RPG Dragon Ball

Peminat Dragon Ball telah diacah dengan kebarangkalian game baru berlatarbelakangkan masa Dragon Ball Z berjudul Dragon Ball Game: Project Z.

Kini, ini bukanlah satu rahsia lagi. Ketika di persidangan Microsoft E3 2019, Bandai Namco mengumumkan game terbaru Dragon Ball bertajuk Dragon Ball Z: Kakarot dibangunkan oleh CyberConnect2 terkenal dengan siri game Ultimate Ninja Storm. Saksikan trailer pengenalan game ini di bawah: 

Dalam trailer di atas, ia memaparkan beberapa babak penting dalam siri anime Dragon Ball seperti kehadiran Vegeta dan Nappa ke bumi, pertarungan sengit Vegeta dan Goku serta perlawanan epik antara Goku dan Frieza. Di akhir trailer, video menunjukkan judul Dragon Ball Game: Project Z ditukar menjadi Dragon Ball Z: Kakarot iaitu nama sebenar Goku di Saiyan.

Berbeza dengan game Dragon Ball lain yang fokus kepada tema ‘fighting game’, Dragon Ball Z: Kakarot akan mengambil konsep aksi role-playing game (RPG) yang mana pemain akan mengikuti perjalanan Goku dalam pertarungan satu lawan satu.

Dragon Ball Z: Kakarot bakal dilancarkan pada tahun 2020 di PC, Xbox One dan PS4.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+