Duo Xxs dan Borax melangkaui jumlah permainan bersama N0tail dan Fly

N0tail dan Fly pernah bersama selama sembilan tahun di beberapa pasukan seperti Fnatic, Team Secret dan OG. Mereka sudah bermain sebanyak 1,454 perlawanan bersama-sama sebelum mereka berpisah pada tahun 2018.

Kini, terdapat duo baru yang sudah melangkaui jumlah permainan yang dimainkan oleh N0tail dan Fly bersama-sama.

Pemain Team Aster, Xxs dan Borax, sudah bermain sebanyak 1,456 permainan bersama.

Permainan ke-1,455 dan ke-1,456 untuk BoBoKa dan Xxs berlangsung dalam kurungan akhir siri OGA Dota Pit Musim 6 menentang Pasukan MagMa pada 28 Feb 2022. Mereka mempunyai kadar kemenangan sebanyak 56.3% apabila bermain bersama.

Bagi pemain rantau SEA pula xNova dan Chalice sudah bermain 904 perlawanan bersama manakalai kpii dan kaka sudah melengkapi 791 perlawanan bersama. Iceiceice dan Jabz adalah duo yang kedua-duanya dari rantau SEA dan mereka sudah memainkan 765 perlawanan bersama.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+