"> " /> " />

OG akan bertanding di kelayakan ESL One Kuala Lumpur, 16 November ini

Pemain veteran yang juga juara The International Dota 2 dua kali berturut-turut, Ceb kini mengetuai OG bagi menghadapi kejohanan Dota 2 pada akhir tahun ini dan tahun depan.

Mereka juga memperkenalkan dua pemain baharu, Wisper dan Ari, masing-masing memegang peranan offlaner dan support. Yuragi dan BZM kembali membuat kemunculan.

OG kini sedang berada di bootcamp di Sunflower House, Lisbon bagi berdepan kelayakan tertutup ESL One Kuala Lumpur pada 16 November ini.

Pastinya ramai peminat di Malaysia tertunggu-tunggu kemunculan juara dunia ini sekali lagi di ESL One di Malaysia selepas kemenangan mereka pada edisi lepas diadakan di Genting Highlands, Pahang.

Roster penuh OG 2024:

β€’ πŸ‡ΊπŸ‡¦ Yuragi
β€’ πŸ‡§πŸ‡¬ BZM
β€’ πŸ‡§πŸ‡΄ Wisper
β€’ πŸ‡¬πŸ‡§ Ari
β€’ πŸ‡«πŸ‡· Ceb (Kapten)
β€’ Jurulatih: Misha

ESL One Kuala Lumpur akan bermula pada 11 November hingga 17 November ini, mengumpulkan 12 pasukan Dota 2 terbaik berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$1 juta (RM4.67 juta).

Tiga pasukan sudah dijemput iaitu Azure Ray, Gaimin Gladiators dan LGD Gaming.

RELATED NEWS

+