E3 Mungkin Dibatalkan Tahun Ini Kerana Wabak COVID-19

Nampaknya pembangun permainan video akan berdepan impak yang besar dalam pengumuman dan pemasaran game terbaru mereka jika E3 2020 dibatalkan. Dengan keputusan Sony tidak menghadiri, sudah sedia maklum wabak COVID-19 akan memaksa acara itu dibatalkan.

Walaupun tiada pengumuman rasmi lagi, Geoff Keighley dah pun tarik diri dari menjadi hos dan iam8bit juga sudah umum tidak lagi menjadi pengarah kreatif E3 2020.

Antara acara gaming lain yang ditunda adalah GDC 2020 dan Emerald City Comic Con yang dibatalkan.

Sekarang ini, pengumuman rasmi hanya ditunggu dari pihak E3 sendiri. Buat sementara ini, pelbagai sumber telah memaklumkan kepada Gamespot yang acara tahunan itu telah pun dibatalkan buat pertama kali.

Sumber: Gamespot 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+